Hari Ini
Lihat jadual dan pengajaran hari ini supaya cikgu tahu apa yang perlu disediakan.
Kenali BantuGuru, pembantu digital untuk menyusun jadual, perancangan dan rekod pengajaran cikgu dalam satu tempat.
Kami menjemput 10 guru untuk mencuba dan berkongsi pengalaman. Maklum balas cikgu membantu kami membina aplikasi yang lebih berguna untuk kerja harian guru.
Gunakan akaun Google · Pengguna baharu memerlukan kelulusan adminSelamat datang, cikgu.
Cikgu merancang. BantuGuru membantu menyusun.
BantuGuru membantu menghubungkan persediaan mengajar—daripada jadual dan takwim, kepada RPT dan RPH. Cikgu kekal membuat semakan dan keputusan akhir.
Lihat jadual dan pengajaran hari ini supaya cikgu tahu apa yang perlu disediakan.
Susun jadual waktu, takwim sekolah dan silibus sebagai asas perancangan pengajaran.
Bina Rancangan Pengajaran Tahunan dan Harian berpandukan maklumat yang cikgu sediakan.
Urus maklumat guru, sekolah dan template pengajaran dalam satu tempat.
Tak perlu pasang aplikasi. Buka melalui pelayar pada komputer atau telefon cikgu.
Gunakan akaun Google cikgu untuk masuk ke BantuGuru.
Lengkapkan nama, pilih sekolah daripada senarai dan hantar permohonan. Tunggu kelulusan admin.
Selepas diluluskan, lengkapkan profil dan cuba aliran jadual → RPT → RPH. Beritahu kami apa yang membantu atau mengelirukan.
Tak perlu cuba semuanya sekaligus. Mulakan dengan satu kelas atau satu rancangan pengajaran.
Guru yang ingin menyusun jadual dan perancangan pengajaran. Untuk ujian awal ini, kami menjemput 10 guru bagi menilai kesesuaian aliran kerja dan kemudahan penggunaan.
Akaun Google dan maklumat sekolah untuk permohonan akses. Selepas diluluskan, sediakan jadual waktu, takwim sekolah, DSKP dan template RPT/RPH yang biasa cikgu gunakan.
Rekod pengajaran setiap pengguna diasingkan mengikut akaun. Memilih sekolah yang sama tidak memberikan akses automatik kepada rekod guru lain. Admin boleh melihat maklumat permohonan akses untuk tujuan kelulusan.
Hubungi admin@wayedtech.my dan berikan nama serta kod sekolah. Senarai sedia ada mungkin belum meliputi perubahan sekolah terkini.
BantuGuru dibangunkan oleh Wayed Tech, Malaysia, untuk membantu urusan harian guru melalui penyelesaian digital yang praktikal. Ketahui lebih lanjut di wayedtech.my.
Mulakan dengan pengalaman sebenar cikgu.
Log masuk / Mohon akses